Jumaat, 26 November 2010

KULIT HADAPAN TUGASAN


FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
___________________________________________________

HBMT 2103 : TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

___________________________________________________

TAJUK TUGASAN:
MENYUKAT ISIPADU CECAIR TAHUN 2


DISEDIAKAN OLEH:
AISAH BINTI BAKRI
720208015996
No. Tel: 019-6898272
e-mail : aisah.ali94@yahoo.com


TUTOR:
EN. MUHAMAD BIN BASAR
e-mail : kelana29@oum.edu.my


IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

SEPTEMBER 2010

Rabu, 24 November 2010

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Matematik ialah suatu cara yang membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapa besar, berapa cepat, berapa panjang, berapa luas, berapa ruang, dan sebagainya. Matematik adalah berkaitan rapat dengan kehidupan manusia. Kebanyakan peristiwa yang berlaku setiap hari adalah tidak dapat terpisah daripada Matematik. Kita menggunakan Matematik untuk aktiviti urusniaga, perjalanan, pembelajaran, membuat kerja, makanan, sehingga hampir setiap aktiviti sosial manusia ada hubungan dengan Matematik.
  Justeru, blog ini dibina untuk perkongsian ilmu tentang pembelajaran dan pengajaran bagi tajuk Isipadu Cecair (Tahun 2). Semoga blog ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambah ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan agar seiring dengan arus era globalisasi masa kini agar dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya profesionalisme keguruan.

Selasa, 23 November 2010

VIDEO : MENYUKAT ISIPADU CECAIR


ANALISIS VIDEO : MENYUKAT ISIPADU CECAIR MENGGUNAKAN ALAT PENGUKURAN PIAWAI.


Hasil Pembelajaran : Menyukat dan Membanding Isipadu Cecair.
Objektif Pembelajaran : Menyukat dan Membanding Isipadu Cecair Menggunakan Unit Piawai.

Video ini menerangkan secara jelas kepada penonton tentang cara/proses yang diperlukan untuk mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat. Kaedah yang digunakan jelas diterangkan dalam pengenalan video. Di samping itu, para penonton dapat mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran piawai bagi menyukat isipadu cecair serta perbandingan kapasiti cecair yang diperlukan bagi saiz silinder yang berbeza.

Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai ialah peringkat terakhir perkembangan konseptual yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 2 dalam tajuk ini.

Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi bagi peringkat-peringkat perkembangan konseptual murid-murid bagi tajuk ini antaranya ialah:

  • mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
  • Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
  • Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
  • Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair.
  • Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai.
  • Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair.
  • Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam     liter.

SALAH KONSEP TENTANG KAPASITI CECAIR


Kesalahfahaman murid-murid pada kapasiti mungkin timbul terutama ketika membandingkan kapasiti dua atau lebih bekas berlainan saiz yang boleh mengisi lebih pada ruangnya.

Terdapat empat prinsip asas berkaitan dengan pengukuran iaitu:
  1. Prinsip perbandingan - prinsip ini melibatkan perbandingan kosa kata untuk menerangkan dan membandingkan kapasiti cecair seperti "full", "empty", "half full", "more than half full" dan "less than halaf full".
  2. Prinsip Transiviti - Prinsip ini melibatkan perbandingan dan menyusun tiga atau lebih objek menggunakan bahasa yang sesuai. Contohnya: Jika isipadu A lebih banyak daripada B dan isipadu C lebih banyak daripada A, maka isipadu C lebih banyak daripada B.
  3. Prinsip Konservasi - Prinsip ini menyatakan bahawa isipadu sesuatu cecair tidak berubah walaupun bekas objek itu berubah. Sila lihat video di bawah.
  4. Prinsip pengukuran - prinsip ini merujuk kepada fakta bahawa pengukuran isipadu sesuatu cecair melibatkan pernyataan sebanyak mana unit paiwai yang sepadan isipadu cecair.

Semoga video ini dapat membantu memberi gambaran awal kepada murid-murid tentang kapasiti yang mampu dipenuhi oleh ruang bekas yang berlainan saiz supaya lebih memahami prinsip konservasi.

SET 1: ALAT BANTU MENGAJAR

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) - SET 1

Pengukuran-pengukuran Bukan Piawai bagi Isipadu Cecair.

Hasil Pembelajaran: Untuk Membuat Perbandingan  Persepsi Terhadap Kapasiti Cecair.
Objektif Pembelajaran & Pengajaran : Memahami dan Menggunakan Kosa Kata yang Berkaitan dengan Isipadu Cecair.

SET 1: Kad Imbasan Alat Pengukuran Bukan Piawai dan Kad Perkataan 
Bahan : Kertas A3/A4, plastik laminate, pen whiteboard, dan tanah liat, 

Cara membuatnya:
  1. Lakarkan peralatan bukan piawai di atas kertas bersaiz A4 (untuk aktiviti kumpulan) dan A3 (Untuk aktiviti kelas).
  2. 'Laminate'kan kertas ini supaya tahan lama dan boleh digunakan berulang kali.
  3. Dengan menggunakan pen whiteboard, lakarkan kapasiti cecair yang diperlukan. Lakaran yang dihasilkan boleh dipadam.
  4. Kaitkan lakaran dengan kosa kata "full", "empty", "half full", "more than half full", and "less than half full".  
  5. Gunting perkataan  "full", "empty", "half full", "more than half full", and "less than half full". Saiz perkataan mengikut kesesuaian sama ada aktiviti kumpulan atau kelas agar boleh dilihat oleh pelajar dengan jelas. 
  6. Perkataan ini juga boleh ditulis di atas kad imbasan alat pengukuran yang dibina.

CONTOH:
Kad imbasan alat pengukuran bukan piawai menggunakan kertas saiz A4 dan A3.

Kad perkataan untuk memperkenalkan kosa kata yang berkaitan dengan kapasiti cecair.

Lakaran yang dibuat di atas kad imbasan.

Menulis istilah yang berkaitan di atas kad imbasan

Kad imbasan peralatan yang dilakar dipadankan dengan kad perkataan.

KELEBIHAN KIT PENGAJARAN INI:
ABM ini mudah dibina dan tidak memerlukan kos yang tinggi. ABM ini juga dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan tentang tajuk yang berkaitan berulang kali. ABM ini mudah dibawa, diguna dan senang disimpan serta tahan lama. Kasapiti cecair yang dilakarkan boleh dipadam kerana menggunakan pen whiteboard. Kemudahan mesin dan plastik laminate biasanya telah sedia ada di sekolah. Kemudahan fotocopi boleh digunakan jika sekiranya guru tiada kemahiran untuk melukis.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

SELAMAT MENCUBA

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

SET 2: ALAT BANTU MENGAJAR

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) -  SET 2
Pengukuran-pengukuran Bukan Piawai bagi Isipadu Cecair.

Hasil Pembelajaran: Membanding Isipadu Cecair Menggunakan Pengukuran Bukan Piawai.
Objektif Pembelajaran & Pengajaran : Membanding Isipadu Cecair Menggunakan Pengukuran Bukan Piawai 

SET 2: Permainan Kad 
Bahan : Kertas warna, pensel, warna, gam, kad malilakat/kad permainan.

Cara dibina:
  1. Lakarkan  alat pengukuran bukan piawai yang berlainan jenis dan saiz. Setiap alat pengukuran dilakar sebanyak 5 set.
  2. Kemudian, warnakan  kapasiti cecair yang berbeza mengikut kosa kata seperti "full", "empty", "half full", "more than half full", dan "less than half full".
  3. Tampal lakaran alat pengukuran bukan piawai yang berlainan dengan kapasiti cecair yang berbeza pada kad sedia ada atau kad malilakat.
  4. Boleh gunakan kad permainan yang sedia ada dijual di kedai untuk menarik minat murid-murid atau gunting kad malilakat ikut saiz yang dikehendaki.

CONTOH:

Bahan-bahan yang diperlukan

Contoh lakaran yang telah dihasilkan (Boleh lukis sendiri / fotocopy )

Lakaran yang terhasil ditampal pada kad permainan sedia ada atau kad malilakat

Kad-kad diagihkan kepada pemain-pemain.

Pemarkahan dikira berdasarkan kad yang mempamerkan kapasiti cecair yang paling banyak.

KELEBIHAN ALAT BANTU MENGAJAR INI:
Kos untuk menghasilkan alat bantu mengajar ini sangat rendah. ABM ini sangat membantu guru dalam aktiviti pengajaran untuk meyampaikan konsep Matematik dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. Naluri kanak-kanak memang cenderung kepada bermain. Selain itu, kit ini juga dapat membantu menyemaikan nilai-nilai murni yang tinggi kerana permainan ini melibatkan setiap kumpulan yang akan berinteraksi antara satu sama lain. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu terutama kepada murid-murid yang berpencapaian rendah.

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    SELAMAT MENCUBA

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


    SET 1: AKTIVITI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

    Hasil Pembelajaran: Untuk Membuat Perbandingan Persepsi Terhadap Kapasiti Cecair.
    Objektif Pembelajaran & Pengajaran : Memahami dan Menggunakan Kosa Kata yang Berkaitan dengan Isipadu Cecair.

    Bahan: Shampoo, Kicap, Air kotak, Minyak masak, kad imbasan, tanah liat, 5 gelas / botol, kad perkataan, video, dan pen whiteboard.

    Langkah-langkah:
    1. Guru berbual / bersoal jawab dengan murid mengenai barangan rumah yang dibeli dalam bentuk cecair.
    2. Murid menjawab soalan guru secara lisan.
    3. Guru menunjukkan beberapa peralatan / barang keperluan rumah dalam bentuk cecair kepada murid-murid sama ada dalam bentuk tayangan slide atau bahan maujud yang dibawa.
    4. Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini dan menerangkan maksud/ istilah cecair dan isipadu cecair.
    5. Guru memanggil 5 orang murid untuk ke hadapan dan memegang 5 bekas yang mengandungi isipadu cecair yang berbeza.
    6. Guru menekankan penggunaan istilah yang tepat tentang kapasiti cecair seperti "full", "empty", "half full", 'more than half full", dan "less than half full".
    7. Seterusnya, guru memanggil 5 orang murid lagi untuk mengisi cecair yang diperlukan mengikut kosa kata yang diberikan pada bekas yang dipegang oleh mereka.
    8. Guru berbincang dengan murid-murid tentang jawapan rakan mereka.
    9. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan pembelajaran secara koperatif.
    10. Guru mengedarkan kad imbasan alat pengukuran bukan piawai, dan kad perkataan  kepada setiap kumpulan.
    11. Guru menyebut / menunjukkan kad imbasan perkataan yang berkaitan dengan kapasiti cecair.
    12. Setiap kumpulan melakarkannya lalu menunjukkan kad kepada kelas. Contoh: Guru menyebut perkataan "Full". Murid melakar isipadu cecair ke atas kad imbasan peralatan yang diterima. Aktiviti diulang berkali-kali sehingga murid dapat menguasai kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair.
    13. Dengan menggunakan kad imbasan bersaiz A3, guru meminta murid daripada setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan kelas untuk melakarkan isipadu cecair berdasarkan kad perkataan yang ditampal oleh guru mengikut kumpulan. 
    14. Aktiviti seterusnya, dikehendaki murid menampalkan kad perkataan berdasarkan lakaran isipadu cecair yang diberikan pula.
    15. Minta murid menyebut kosa kata yang terlibat sambil menunjukkan lakaran kapisiti cecair yang berkaitan.
    16. Aktiviti di atas diulang berkali-kali terutama kepada murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang lambat sehingga mereka berjaya menguasai kemahiran ini.
    17. Guru juga menayangkan video tentang tajuk pembelajaran hari ini bagi menguatkan lagi pengetahuan murid. (Sila rujuk video di bawah).
    18. Ulang aktiviti tersebut dalam bentuk latihan bertulis pada lembaran kerja mengikut tahap kecerdasan murid tentang pembelajaran tajuk ini.
    LEMBARAN KERJA AKTIVITI PENGAYAAN:


    LEMBARAN KERJA AKTIVITI PEMULIHAN:

    VIDEO: