Selasa, 23 November 2010

SET 1: AKTIVITI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

Hasil Pembelajaran: Untuk Membuat Perbandingan Persepsi Terhadap Kapasiti Cecair.
Objektif Pembelajaran & Pengajaran : Memahami dan Menggunakan Kosa Kata yang Berkaitan dengan Isipadu Cecair.

Bahan: Shampoo, Kicap, Air kotak, Minyak masak, kad imbasan, tanah liat, 5 gelas / botol, kad perkataan, video, dan pen whiteboard.

Langkah-langkah:
  1. Guru berbual / bersoal jawab dengan murid mengenai barangan rumah yang dibeli dalam bentuk cecair.
  2. Murid menjawab soalan guru secara lisan.
  3. Guru menunjukkan beberapa peralatan / barang keperluan rumah dalam bentuk cecair kepada murid-murid sama ada dalam bentuk tayangan slide atau bahan maujud yang dibawa.
  4. Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini dan menerangkan maksud/ istilah cecair dan isipadu cecair.
  5. Guru memanggil 5 orang murid untuk ke hadapan dan memegang 5 bekas yang mengandungi isipadu cecair yang berbeza.
  6. Guru menekankan penggunaan istilah yang tepat tentang kapasiti cecair seperti "full", "empty", "half full", 'more than half full", dan "less than half full".
  7. Seterusnya, guru memanggil 5 orang murid lagi untuk mengisi cecair yang diperlukan mengikut kosa kata yang diberikan pada bekas yang dipegang oleh mereka.
  8. Guru berbincang dengan murid-murid tentang jawapan rakan mereka.
  9. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan pembelajaran secara koperatif.
  10. Guru mengedarkan kad imbasan alat pengukuran bukan piawai, dan kad perkataan  kepada setiap kumpulan.
  11. Guru menyebut / menunjukkan kad imbasan perkataan yang berkaitan dengan kapasiti cecair.
  12. Setiap kumpulan melakarkannya lalu menunjukkan kad kepada kelas. Contoh: Guru menyebut perkataan "Full". Murid melakar isipadu cecair ke atas kad imbasan peralatan yang diterima. Aktiviti diulang berkali-kali sehingga murid dapat menguasai kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair.
  13. Dengan menggunakan kad imbasan bersaiz A3, guru meminta murid daripada setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan kelas untuk melakarkan isipadu cecair berdasarkan kad perkataan yang ditampal oleh guru mengikut kumpulan. 
  14. Aktiviti seterusnya, dikehendaki murid menampalkan kad perkataan berdasarkan lakaran isipadu cecair yang diberikan pula.
  15. Minta murid menyebut kosa kata yang terlibat sambil menunjukkan lakaran kapisiti cecair yang berkaitan.
  16. Aktiviti di atas diulang berkali-kali terutama kepada murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang lambat sehingga mereka berjaya menguasai kemahiran ini.
  17. Guru juga menayangkan video tentang tajuk pembelajaran hari ini bagi menguatkan lagi pengetahuan murid. (Sila rujuk video di bawah).
  18. Ulang aktiviti tersebut dalam bentuk latihan bertulis pada lembaran kerja mengikut tahap kecerdasan murid tentang pembelajaran tajuk ini.
LEMBARAN KERJA AKTIVITI PENGAYAAN:


LEMBARAN KERJA AKTIVITI PEMULIHAN:

VIDEO:


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama