SET 2: AKTIVITI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
Hasil Pembelajaran: Membanding Isipadu Cecair Menggunakan Pengukuran Bukan Piawai.
Objektif Pembelajaran & Pengajaran : Membanding Isipadu Cecair Menggunakan Pengukuran Bukan Piawai.
Bahan: Kad Permainan, dan lembaran kerja.
- Murid-murid dibahagian kepada beberapa kumpulan kecil ( 5 hingga 7 orang / kumpulan) untuk menjalankan permainan secara koperatif.
- Guru menerangkan cara-cara bermain dan peraturan permainan.
- Kad-kad ini disusun lalu mengocok kad-kad tersebut agar bercampur. (Perlakuan yang biasa dibuat apabila bermain daun pakau)
- Agihkan kad itu sama banyak kepada para pemain. (Jumlah pemain maksimum 5 orang.)
- Lantik seorang hakim permainan dan seorang pencatat.
- Setiap pemain yang mendapat kad, dikehendaki mengocok kad-kad mereka terlebih dahulu dan mereka dilarang melihat bahagian dalam kad ini.
- Seorang pemain mengeluarkan sekeping kad dan ditunjukkan kepada rakan-rakan yang lain serta menyatakan istilah mengenai kapasiti cecair dalam bekas yang dipamerkan.
- Jika istilah yang diberikan salah berdasarkan isipadu bekas, 2 markah dipotong. Jika betul tiada penambahan markah.
- Penekanan istilah seperti "Empty", "Full", "Half Full", "more than half full", dan "less than half full".
- Aktiviti ini diteruskan sehingga semua pemain telah memaparkan kad mereka.
- Setelah semua kad dipamerkan, lihat kad mana yang mempunyai kapasiti cecair yang paling banyak.
- Pemain yang memiliki kapasiti cecair yang paling banyak bagi sesuatu alat pengukuran bukan piawai itu dianggap sebagai pemenang.
- Pencatat akan mencatat markah yang diperolehi kepada pemenang sahaja. Kemungkinan akan ada lebih daripada seorang pemenang.
- Penetapan markah kepada pemenang bergantung kepada budi bicara ahli kumpulan. Contohnya : Pemenang menerima 10 markah.
- Aktiviti diteruskan dengan mengeluarkan kad yang kedua (ulang langkah 6 hingga langkah 10) dan seterusnya sehingga kad para pemain habis.
- Pada akhir aktiviti ini, dikirakan markah yang diperolehi oleh setiap pemain. Pemain yang mendapat markah tertinggi dianggap sebagai pemenang permainan kad ini.
- Bagi murid berpencapaian rendah, permainan ini boleh dimainkan dalam kumpulan yang lebih kecil (2/3orang) Guru akan bertindak sebagai fasilitator dalam membantu murid untuk membanding kapasiti cecair dan menyebut istilah yang berkaitan kerana perbandingan antara 2 /3 bekas lebih mudah.
- Aktiviti diteruskan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai pembelajaran dan pengajaran ini dengan melengkapkan latihan berdasarkan kebolehan yang pelbagai.
LEMBARAN KERJA AKTIVITI PENGAYAAN:
LEMBARAN KERJA AKTIVITI PEMULIHAN:
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama