SET 2: ALAT BANTU MENGAJAR
ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) - SET 2
Pengukuran-pengukuran Bukan Piawai bagi Isipadu Cecair.
Hasil Pembelajaran: Membanding Isipadu Cecair Menggunakan Pengukuran Bukan Piawai.
Objektif Pembelajaran & Pengajaran : Membanding Isipadu Cecair Menggunakan Pengukuran Bukan Piawai
SET 2: Permainan Kad
Bahan : Kertas warna, pensel, warna, gam, kad malilakat/kad permainan.
Cara dibina:
- Lakarkan alat pengukuran bukan piawai yang berlainan jenis dan saiz. Setiap alat pengukuran dilakar sebanyak 5 set.
- Kemudian, warnakan kapasiti cecair yang berbeza mengikut kosa kata seperti "full", "empty", "half full", "more than half full", dan "less than half full".
- Tampal lakaran alat pengukuran bukan piawai yang berlainan dengan kapasiti cecair yang berbeza pada kad sedia ada atau kad malilakat.
- Boleh gunakan kad permainan yang sedia ada dijual di kedai untuk menarik minat murid-murid atau gunting kad malilakat ikut saiz yang dikehendaki.
CONTOH:
Bahan-bahan yang diperlukan
Contoh lakaran yang telah dihasilkan (Boleh lukis sendiri / fotocopy )
Lakaran yang terhasil ditampal pada kad permainan sedia ada atau kad malilakat
Kad-kad diagihkan kepada pemain-pemain.
Pemarkahan dikira berdasarkan kad yang mempamerkan kapasiti cecair yang paling banyak.
KELEBIHAN ALAT BANTU MENGAJAR INI:
Kos untuk menghasilkan alat bantu mengajar ini sangat rendah. ABM ini sangat membantu guru dalam aktiviti pengajaran untuk meyampaikan konsep Matematik dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. Naluri kanak-kanak memang cenderung kepada bermain. Selain itu, kit ini juga dapat membantu menyemaikan nilai-nilai murni yang tinggi kerana permainan ini melibatkan setiap kumpulan yang akan berinteraksi antara satu sama lain. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu terutama kepada murid-murid yang berpencapaian rendah.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
SELAMAT MENCUBA
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama