Selasa, 23 November 2010

RUMUSAN

Pada asasnya, sumber pembelajaran dan pengajaran terdiri daripada tiga kategori iaitu:
  1. bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber.
  2. bahan penjagaran seperti alat bantu mengajar / kit pengajaran untuk digunakan oleh guru semasa mengajar.
  3. bahan pembelajaran seperti buku teks dan alat-alatan yang digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
Bahan pelajaran yang dibina dalam blog ini terdiri daripada bahan pengajaran, bahan pembelajaran dan bahan rujukan. Bahan-bahan ini memainkan peranan yang penting dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) agar guru dapat merancang aktiviti pengajarannya agar objektif P&P tercapai dalam menyampaikan konsep dengan cara yang lebih berkesan dan lebih menyeronokkan dan bermakna kepada murid-murid.

Mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, 75% daripada maklumat yang diperolehi oleh manusia adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh, rasa dan bau. Berdasarkan kajian ini, deria-deria manusia ini memainkan peranan tersendiri dalam memperolehi maklumat. Oleh itu, sumber P&P yang dibina dalam blog ini melibatkan gabungan rangsangan daripada deria manusia. Tujuannya agar dapat memainkan peranan penting untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran. 

Di samping itu, blog ini juga menekankan aktiviti pengayaan dan pemulihan yang merupakan komponen penting dalam aktiviti P&P Matematik. Di dalam aktiviti kumpulan,  murid-murid dalam kumpulan cerdas biasanya diberikan aktiviti pengayaan manakala murid-murid kumpulan lambat menjalankan aktiviti pemulihan di bawah bimbingan guru.

Diharapkan blog ini dapat membantu guru untuk menghasilkan inovasi dalam alat bantu mengajar dan aktiviti P&P supaya dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Blog ini juga telah mendedahkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tentang perbandingan kapasiti cecair dalam sesuatu bekas yang akan menjadi panduan guru untuk merangka dan merancang aktiviti dan bahan pengajaran mereka. Semoga yang terhasil dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna blog khususnya guru-guru Matematik tahun 2. 

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama